Dengar desas desus semalam di Twitter yang Redmummy masuk paper Berita Harian hari ahad. Front page you! Terus terdetik di hati, "Wah isu blogger buat duit semakin menjadi-jadi!". Haritu Hanis Zalikha masuk Metro, this time Redmummy pulak. Tetapi seperti diketahu ramai, RM memang dah lama masuk paper berkenaan hal blogging. Tapi kali ni tajuk utama lebih mantap dan buat ramai blogger dan juga masyarakat buat mata macam ni O_O bila baca tajuk utama. Kan kan? Takya tipu. Aku tahu korang buat mata macam tu. Haha. Tak pun mulut mesti cakap WOW
Lepas tu belum baca lagi isi dekat dalam, korang dah daftar Blogspot dan Nuffnang. Hahahahah. Okey kidding! Tapi tak mustahil kan? :P
Dengan semangatnya, aku suruh mak aku beli Berita Harian. Sebab aku pun nak menyibuk baca dan korek rahsia apa yang patut supaya dapat untung 1 juta. LOL. Woi bangga la woi blogger raih pendapatan lumayan daripada blogging. Kita dapat inspirasi daripada orang-orang yang macam ni la :)
Dengan itu aku telah scan keratan akhbar seperti biasa. Lepas tu tak muat nak scan satu page, maka aku telah menyiapkan puzzle setiap keratan, maka final touch senget di tengah hehe. Orait la tu, asalkan korang tahu macam mana rupanya.. Kalau siapa tak dapat baca Berita Harian semalam boleh right click dan zoom untuk baca.
Tajuk utama Blogger untung 1 juta, tetapi ini adalah secara general sahaja. Apa yang mereka cuba sampaikan adalah, blogger di Malaysia mampu meraih berpuluh ribu ringgit sebulan. Ada yang dapat purata 70k sebulan!! Boleh bayangkan tak betapa awesomenya??? Kalau setahun dah hampir sejuta income dia. GILA. Seperti biasa kalau ada Redmummy dan Kennysia, tak sah kalau tak ada Nuffnang. Nuffnang la punca pendapatan sebahagian besar blogger di Malaysia including me.
Hey hey hey. Bila dah ada income besar dari blogging, jangan lupa yang anda diperhatikan oleh LHDN. Maka silalah bayar cukai pendapatan ye.. :P Hanya bloggers yang mempunyai pendapatan melebihi RM2500 akan dikenakan cukai. Me? Belum masuk lagi dalam kategori itu.. Hehe
Snippet pada tepi keratan
P/S: Redmummy dah declare pasal isu 1 juta ini. Sila baca di blog beliau. Apa pun tahniah RM!



19 comment:
tahniah,...afra pun apa kurangnya...bila mau belanja makan..?jgn lupa ajak hanis zalikha sekali..hik3..
kecoh sana sini pasal ni... siapa yg tak baca betul2 mesti ingt bloggers senang2 je dpt RM1juta kan. heee ;p
minta izin amik gambar. hehehe. tak sempat baca smlm
pagi tadi pon RM ada kt Hotfm.. mmg bertuah la sapa yg dh capai tahap mcm dorang ni :)
ermm purata RM1million la. Semalam dah tanya dengan K red. Tapi bukan senang nak dpt jumlah yang cam tu tau
nak jugak laa. dpt rm2500, cukai baru dlm rm100 kot
dia bukan jaja kisah peribadi, tapi kan sharing je..ayat tu tak boleh blah kan.
afra, minta izin ambik 1 gambar... ;)
alah, die ni naik sebab nuffnang naik kan die.. padahal blog die bukan ade ape pun.. blog setakat menunjuk2 macam kaya.. meluat aku..
RM dah tahap legend.. mmg deserve.. =)
milf mummy
dia naik sebelum nuffnang bodoh,dia keluar tv paper dulu pun sebelum nuffnang! ayat pendengki busuk iri hati betul!
memang terbaik.. dengan minat jadi pendapatan sampingan. bila ntah nak capai tahap tu,,
Rezeki masing-masing. Rilekla....
rezeki masing2 ;)
rejekie...
redmummy benchmark blogger-blogger di malaysia..antara yg terbaik~
berita tersebut memberi semangat kpd sya sebagai seorang blogger. harap rakan2 blogger lain bleh bantu.
btw, afra mohon kebenaran download & guna news scan awk dlm blog sya. sya ada credit kpd blog awk.
rgds,
GiLoCatur
eyriqazz: memang kurang banyak haha! belum gempak macam rm lagi. jom jom ajak hanis :P
nadea: tahu takpa!! bukan senang nak senang :)
jard: diizinkan hehe
iydzar: oh really? glemer kak red. yupp memang lucky siapa yang start awal dan all out mcm kak red
ciklilyputih: yup purata. tajuk berita saja bagi gempak. bukan senang nak senang :)
matjoe: yeah chaiyok! jom capai 2.5k
faiz: yup sharing tenang life dia. memang tak boleh belah haha!
nadea: boleh dear
milfmummy: setiap manusia ada hak nbuat apa dia nak. dia naik sebab blog dia, bukan sebab nuffnang :)
shahrul: Yes she deserved it!
zool: usaha tangga kejayaan! kita pun boleh capai tahap tu. nothing is impposible :)
encikpsychopath & shazmonaz: Yuppa!
Wan gerrard: yup. antara blogger melayu yang cemerlang
gilocatur: jangan putus asa! :) blogger sedia membantu cewah. oh boleh2 no prob
jln2 tgk cerita kat sini :)
So inspiring!
Post a Comment
What say you?