Selamat Hari Merdeka Malaysia! Warga Malaysia semua, soalan yang sama untuk anda. Merdekakah kamu? Sama-sama kita renungkan..

Mari kita sama-sama majukan negara kita ke arah yang lebih baik dan makmur. Persetankan anasir luar yang mahu buat kita jiwa kacau dan sakit. Kita menjadi seperti mereka jika kita melawan. Dan yeah, sampai bila-bila tidak akan berakhir. Manusia memang ada kejahatan. Tetapi jangan lupa, kita juga ada kebaikan. Allah SWT kurniakan kita dengan minda untuk berfikir, mana buruk mana baik. Gunakan sebaiknya.
Tahun 2010, tema kemerdekaan Malaysia adalah 1 Malaysia Menjana transformasi. 1 Malaysia? Negara kita telah ditakdirkan untuk berada dan hidup dalam masyarakat majmuk dan pelbagai kaum. Maka toleransi adalah elemen penting dalam hidup. Walaupun kamu mengaku kamu racist, ingatlah bahawa kamu berpijak di bumi Tuhan. Perasaan benci, jijik dan marah tidak akan membawa kita kemana-mana. Bersabarlah kita, rakyat Malaysia.
Apa kena mengena merdeka dan Kampung Boy? Sempena kemerdekaan negara yang ke 53, maka saya mahu bawa anda kembali ke zaman dolu-dolu. Cewah. Setelah bertungkus lumus scan dan upload setiap helaian buku Kampung Boy: Yesterday and Today, maka selesailah tugasku and its ready to be read! Wuho! Or must I say, look? hehe..
Tujuan asal aku scan dan upload buku ini adalah untuk beri peluang kepada semua orang diluar sana (Malaysian or non Malaysian) untuk melihat dan menghargai karya Dato' Lat yang menjadi kebanggaan Malaysia. Aku cuma orang tengah dan aku tidak mendapat apa-apa untung. Im just showing my love for his art :D
MalaysiaKau tahu betapa aku cintakan kau?Walaupun ramai hinaCintaku tetap teguh



4 comment:
eh...suka kg boy jugak..mat oh mat...salam merdeka...
mizzura: suka gila dgn kg boy ^_^ salam merdeka to you too!
salam merdeka...jadikan malaysia tempat yang happy untuk kita semua tinggal.
otw nak baca semua kg boy punya muka surat.afra..terima kasih atas usaha scan semua..like!
Post a Comment
What say you?