Wednesday, January 21, 2015

Assalamualaikum, apa khabar?

Krik krik.. Siapakah yang masih membaca www.afrayuri.com? Ya Allah.. Blog yang sudah lama ku tinggalkan. Tidak akan dilupakan blog ini. Di mana bermula segalanya hehe.. Maaf kerana masa menghantui hidup. Sekarang hidup bertambah sibuk uruskan anak sendiri. Fuhh.. Mencabar tapi seronok. Nak blogging sekarang bukan dapat duduk depan laptop, kena buat sambil baring tidurkan anak haha..

Terima kasih kerana masih setia bersama kami. Haha ok till next time! ��


Friday, August 29, 2014

Wafiyya Butik di ZALORA


Assalamualaikum & Salam Jumaat peeps! 

Jom baca tentang Wafiyya Butik, satu jenama fesyen Muslimah yang semakin popular di Malaysia :)

Fesyen adalah antara salah satu cabang industri yang menghasilkan begitu banyak ke atas pendapatan sesebuah negara atau pasaran. Ianya turut menjanjikan banyak produk dengan rangkaian kategori seperti kasut, pakaian, beg, aksesori, barangan sukan dan banyak lagi. Namun kalau di Malaysia ini antara yang paling popular sudah tentu pakaian tradisional. Walau bagaimanapun perkembangan dunia fesyen tempatan telah memperlihatkan kemunculan banyak koleksi pakaian tradisional dengan seleksi rekaan yang lebih moden. 

Antara jenama yang memperkenalkan koleksi baju Muslimah moden ialah Wafiyya butik. Wafiyya butik by Dollscarf telah mula menempa nama sebagai sebuah jenama yang harus dilihat dan diambil kira sebagai antara jenama yang akan berkembang menjadi pelopor dalam industri fesyen Muslimah di Malaysia. Kemunculan mereka dengan pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden telah mendapat sambutan yang cukup hangat daripada pembeli. 




Wafiyya Butik mempertaruhkan barisan produk yang sangat menarik daripada segi rekaan yang dihasilkan, yang mana sangat stylish dan moden. Malah jika anda lihat corak yang diketengahkan juga amat menarik perhatian sesuai dengan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang melanda dunia fesyen.


Cantik sangat! Falling in love with this collection!


Menggayakan produk Butik Wafiyya amatlah mudah. Bajunya yang sudah sedia cantik itu hanya perlu dipadankan dengan aksesori yang minimal seperti tudung terkini atau shawl dengan warna dan corak yang sesuai, bracelet atau bangle pilihan anda dan sepasang kasut ballerina flats atau high heels serta beg tangan. Mudah sahaja bukan? Malah dengan gabungan ringkas ini sahaja akan mampu membuatkan anda kelihatan cukup menyerlah ketika berada di luar. 

Berminat untuk dapatkan koleksi terbaru mereka? Beli sahaja secara online di ZALORA, kerana di sana anda boleh lihat mereka menawarkan koleksi eksklusif Wafiyya Butik terbaru dengan harga yang pastinya menambat hati anda!

So amacam? Cantik tak collection dari Waffiya Butik ni? Kalau nak tahu, baju diaorang antara yang menarik hati kalau tengah browsing website Zalora haha! Kalau tak caya sila pergi ke link kat atas tu dan lihat sendiri. Ok bye nak online shopping kat Zalora weehee! :P